HIASI DIRI DENGAN SIFAT LEMAH LEMBUT
KHUTBAH JUM'AT
HIASI DIRI DENGAN SIFAT LEMAH LEMBUT
Oleh : Muchyidin Zainudin
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَركَاتُهُ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ وَفَّقَ مَنْ شَاءَ مِنْ خَلْقِهِ بِفَضْلِهِ وَكَرَمِهِ، وَخَذَلَ مَنْ شَاءَ مِنْ خَلْقِهِ بِمَشِيْئَتِهِ وَعَدْلِهِ. وَأَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَلَا شَبِيْهَ وَلَا مِثْلَ وَلَا نِدَّ لَهُ، وَلَا حَدَّ وَلَا جُثَّةَ وَلَا أَعْضَاءَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَحَبِيْبَنَا وَعَظِيْمَنَا وَقَائِدَنَا وَقُرَّةَ أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، وَصَفِيُّهُ وَحَبِيْبُهُ. اَللهم صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ وَّالَاهُ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ.
أَمَّا بَعْدُ،
Ma'asyiral muslimin rahimakumullah
Marilah kita semua bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sebenar-benar taqwa yaitu taqwa dalam arti menjalankan semua perintah dan menjauhi segala larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala semogalah dengan ketaqwaan itu kita semua selamat dan berbahagia di dunia lebih lebih selamat di alam akhirat sebagaimana janji Allah dalam al Qur'an yang berbunyi :
لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَٰتِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
Artinya :
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan kehidapan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar ( QS Yunus 64 )
Ma'asyiral muslimin rahimakumullah
Tidak lupa pula kirim selawat kepada baginda Rasulullah sebagai Rasul pembawa rahmat bagi seluruh alam dan Rasul yang di utus untuk menyempurnakan akhlaq manusia, dan akhlaq yang terbaik adalah sifat lemah lembut sifat yang sangat terpuji yang dimiliki oleh Allah dan dianugrahkan kepada hamba-hamba pilihan-Nya sebagaimana Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan dari beberapa hadits shahih di bawah ini yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(HR Muslim)
Demikian jelas perintah Allah diatas, oleh itu maka bersifat lemah lembutlah dalam segala hal ,dan yang paling penting dalam hal menyampaikan kebenaran, menyeru manusia kejalan Allah dengan cara baik dan lembut
Sebagaimana perintah Allah Subhanahu Wata’ala dalam firman- Nya:
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah manusi kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An-Nahl: 125)
Oleh sebab pentingnya bersikap lemah lembut dalam segala hal maka Rasulullah sangat menganjurkan untuk menghiasi diri dengan sikap mulia ini, sebab dalam sifat ini terkumpul semua kebaikan, sebagaimana Rasullah Shallallahu Alaihi wa sallam bersabda :
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua perkara ."(Hadits Riwayat Muslim)
Saudaraku sidang Jumaat Rahimakumullah
Dengan memperhatikan dan menelaah firman Allah dan beberapa hadits Rasullah diatas maka sangatlah jelas bahwa sikap lemah lembut itu adalah perhiasan yang sangat indah dan memperindah Akhlaq manusia dan juga merupakan benteng atau perisai untuk membentengi seseorang dari kejahatan dan sebaliknya Rasulullah bersabda:
"Barang siapa yang terhalang dari sifat lemah lembut maka dia terhalang dari seluruh kebaikan" ( HR. Muslim 2592 )
Lebih tegas Allah menjelaskan dalam firman-Nya seperti di bawah ini :
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)
Ma'asyiral muslimin Rahimakumullah
Demikianlah serba sedikit penjelasan tentang sikap lemah lembut yang merupakan sikap yang sangat terpuji, dan paling di sukai Allah Subhanahu wa Ta'ala. Walaupun demikian ada ketikanya kita harus bersikap tegas jika perkara perkara yang Allah Subhanahu wa Ta'ala haramkan di langgar oleh seseorang ,maka ketika itu kita wajib menegurnya dengan cara baik atau jika terpaksa maka kita mencegahnya sesuai kemampuan kita untuk menghentikan perkara mungkar tersebut, siapa yang tidak mampu menasihati manusia yang berbuat mungkar melalui lisannya, maka sesungguhnya dia masih lemah Imannya, sebagaimana Hadits
Riwayat Abu Sa’id Al-Khudri ra ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ» رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Artinya :‘Barangsiapa dari kalian melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangannya. Jika tidak bisa, ubahlah dengan lisannya. Jika tidak bisa, ingkarilah dengan hatinya, dan itu merupakan selemah-lemahnya iman.” (HR.Shahih Muslim)
Ma'asyiral muslimin rahimakumullah
Demikianlah khotbat singkat ini dengan harapan semogalah kita semua di karuniahkan sikap lemah lembut danakhlaq mulia sehingga kita sentiasa melakukan kebaikan kepada keluarga dan kepada sesama manusia aamiin
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا َوَاسْتَغْفِرُ اللهَ لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ إِنَّهُ هُوَ السَمِيْعُ العَلِيْمُ
Khutbah II
إِنَّ الْحَمْدَ لِلّٰهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللهم صَلِّ وَسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الصَّادِقِ الْوَعْدِ الْأَمِيْنِ، وَعَلٰى إِخْوَانِهِ النَّبِيِّيْنَ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَارْضَ اللهم عَنْ أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِيْنَ، وَآلِ الْبَيْتِ الطَّاهِرِيْنَ، وَعَنِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ، أَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيٍّ، وَعَنِ الْأَئِمَّةِ الْمُهْتَدِيْنَ، أَبِيْ حَنِيْفَةَ وَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَعَنِ الْأَوْلِيَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُوْنَ، أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ بِتَقْوَى اللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ فَاتَّقُوْهُ، وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ عَظِيْمٍ، أَمَرَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ عَلٰى نَبِيِّهِ الْكَرِيْمِ فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا، اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ، فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ والْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ، اللهم ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَاءَ وَالْغَلَاءَ وَالْوَبَاءَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنْكَرَ وَالْبَغْيَ وَالسُّيُوْفَ الْمُخْتَلِفَةَ وَالشَّدَائِدَ وَالْمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، مِنْ بَلَدِنَا هَذَا خَاصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
عِبَادَ اللهِ، إنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى ويَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَاتَّقُوْهُ يَجْعَلْ لَكُمْ مِنْ أَمْرِكُمْ مَخْرَجًا، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ.
SEKEDAR MENINGATKAN KEPADA SAUDARAKU PARA KHOTIB INGAT RUKUN KHOTBAH :
1. Memuji Allah Taala (Tertentu dengan lafaz الحمد لله )
2. Membaca Selawat (paling kurang dengan lafaz اللهم صل على محمد )
3. Wasiat dengan takut kepada Allah (dengan lafaz اطيعوا الله atau اتقوا الله )
4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat Al-Quran yang difahami.
5. Membaca doa berkenaan urusan akhirat untuk orang Islam dalam khutbah kedua.
6. Membaca dengan bahasa Arab pada semua rukun khutbah diatas
Dan amat perlu khotib megetahui rukun dan syarat sahnya khotbah supaya khotbahnya sah
*بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ*
امین امین امین یارب العالمین یامجیب الساٸلین*
*والله اعلم بصواب*
*محی الدین زین الدین*

Komentar